About

Hi! Saya Leen

Selamat Datang …

Alhamdulillah akhirnya tercapai impian saya untuk mempunyai Blog sendiri setelah beberapa tahun tertangguh. Terima kasih kepada sahabat baik yang banyak membantu merealisasikan impian saya ini.

Siapa saya?

Saya seorang ibu kepada 4 orang anak : 1 lelaki dan 3 perempuan di mana pada tahun 2023 ini, yang sulong telah bekerja, yang kedua sedang belajar di kolej, ketiga di SMK dan paling bongsu sudahpun berumur 12 tahun. Saya masih bertugas di sebuah badan berkanun dan tahun ini merupakan tahun ke 25 (alhamdulillah).

Kenapa saya memilih AskLeen.com sebagai nama blog saya?

Sebab saya mahu membantu sesiapa di luar sana yang mempunyai isu dalam kehidupan (kecuali minta pinjam duit saya ya !)

Anda boleh bertanya kepada saya apa-apa soalan dan saya akan cuba menjawab berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman orang di sekeliling saya dan menerusi pembacaan saya ..“Leen Answers Your Questions” .. haaa gitu ..

Soalan anda boleh diajukan di page contact us.

Selamat membaca ya!

Sign up for the best tips from AskLeen.com!

Rekabentuk blog oleh Juan.My