Hari ini ada sesuatu berlaku kepada anak bongsuku Maryam di mana ianya bakal menjadi pengajaran berguna buat anakku yang baru Tingkatan 1 itu tentang realiti kehidupan.
Tiga hari lepas semasa beliau sampai rumah dari sekolah semasa hampir waktu maghrib (sebab waktu maghrib di kawasan saya pada 7.02pm), saya tengok wajah dia ceria gembira daripada biasa. Rupanya dia telah berjanji dengan rakan baik sekolah si Q, yang mereka akan pergi ke Hari Terbuka di sebuah sekolah di area Sungai Buloh ini juga pada hari ini iaitu 12 Oktober 2024. Maryam memohon kebenaran saya dan ayahnya untuk pergi ke sekolah tersebut bersama si Q, abang dan adik si Q dan juga emaknya. Saya bagitau Maryam yang saya ada temujanji dengan pakar di Ara Damansara Medical Center (ADMC) pada hari yang sama, jadi saya agak reluctant untuk mengambil dan menghantar Maryam ke sekolah yang dijanjikan (bukan sekolah SMK mereka tapi sekolah lain). Maka malam itu, Maryam pun asyik berbalas mesej dengan si Q tentang bagaimana untuk pergi bersama ke program tersebut. Mereka siap berjanji untuk masuk ke Rumah Hantu, main semua permainan yang ada dan membeli makanan/ jajan pada hari tersebut.
Sepanjang malam itu saya asyik dok mendengar macam-macam perancangan Maryam dan si Q. Termasuklah bahawa emak si Q akan ambil dan hantar Maryam ke rumah pada hari Sabtu tersebut memandangkan kami tidak dapat menghantar dan mengambil Maryam.
Jadi sepanjang hari Khamis dan Jumaat tu, Maryam asyik berceloteh mengenai plan mereka pada hari Sabtu tersebut bila balik sahaja dari sekolah sampai kadang-kadang kena marah la juga..hehe
Hari yang ditunggu pun telah tiba…
Sebelum saya dan suami hadir temujanji ADMC pukul 11 pagi tadi, kami sempatlah pergi ke pasar tani Saujana Utama dahulu.
Balik sahaja daripada pasar tani tadi, saya buka pintu dan teruslah ucapkan ASSALAMUALAIKUM…
Elok sahaja pintu dibuka, saya nampak Maryam sedang menuruni tangga untuk menyambut saya dan ayahnya. Tapi sebagai ibu, saya nampak riak muka Maryam macam lain daripada biasa, tidak ceria dan seperti sedang menahan sesuatu. Mulut dia bergetar macam sedang menahan perasaan…
Saya pun tanyalah.. “Yam ok? Yam sedih ke…?”
Lepas je saya tanya soalan tu, berderailah airmata Maryam. Dia menangis sambil bahu tersengguk-sengguk menahan sedih. Dia peluk saya. Saya tanya,”Kenapa yam? Tak jadi pergi program tu?”. Dia angguk kepala perlahan. Saya tanya, “Kenapa?”. Dia kata, “Mak Q tak jadi ambik. Dia kata tak muat kereta.”. Alahai.. kesiannya anak aku 🙁
Saya pun peluklah Maryam. Maryam pun peluk saya kuat-kuat sambil menangis..
“Takpe lah Yam..takde rezeki. Ada lah hikmahnya tu. Agaknya Allah suruh Yam teman ibu pegi hospital”, saya memujuk. Maryam angguk kepala. “Nanti yam ikut ibu dan ayah ye”, katanya. Saya jawab,”YEAYYY, Yam ikut ibu 🙂 “.
Pukul 10.15am kami telah bersiap untuk ke ADMC.
Dalam kereta saya tanya Maryam…”Yam marah ke dengan Q? Iya lah…dia dah janji nak pergi dan ambik Yam tiba-tiba tak jadi'”. Yam jawab perlahan, “Tak….”. Saya tanya lagi, “Lepas ni Q masih jadi BFF Yam?”. Dia angguk sahaja sambil senyum sedikit.
Alahai anak…. ibu pulak rasa sayu.